TERLALU awal untuk berlakunya fasa menopaus
atau dalam kata lain putus haid,
merupakan petanda bahawa seseorang wanita itu mempunyai masalah kesuburan.
Hal ini kerana,
telur wanita (merujuk kepada ovari)
tidak lagi berfungsi lagi dan
seterusnya tidak mampu menghasilkan
kuantiti hormon yang diperlukan.

Menopaus adalah pengakhiran bagi
kitaran semula jadi, haid seseorang insan begelar wanita.
Dan perkara ini sering terjadi tatkala,
 seseorang wanita itu mencecah
usia diantara 50 hingga 55 tahun.

Namun begitu, kita harus berhati-hati kerana menopaus juga boleh terjadi terhadap wanita berusia kurang dari 40 tahun.
Masalah ini dikenali sebagai Menopaus Pramatang
dan berdasarkan Organisasi Kesihatan Wanita Dunia,
5% daripada wanita di dunia akan
mengalami masalah
menopaus pramatang ini dan petanda awalnya
iaitu masalah haid tidak teratur.

Walaupun terdapat banyak kes-kes menopaus pramatang atau menopaus terlalu awal ini terjadi,
namun ramai wanita di Malaysia
terutamanya tidak mengambil 100% penjagaan
atau langkah terbaik untuk mengelak masalah
ini dari menjadi kenyataan.

Oleh itu, sebagai seorang wanita,
tidak salah kan jika kita bertindak dari sekarang
demi menjaga kesihatan kita supaya sentiasa dalam keadaan sihat luar dalam.
Orang tua-tua dulu selalu cakap, mencegah lebih baik daripada sudah terlambat bukan? 

Jadi, jom baca 5 tips elak menopaus terlalu awal (usia muda). Petua yang ke 5 paling penting!

1) Lakukan Aktiviti Senaman

Aktiviti senaman merupakan salah satu
daripada cara yang terbaik kerana
ianya dapat membantu dalam melambatkan proses berlakunya menopaus.
Hal ini kerana aktiviti senaman mampu
menstabilkan hormon seseorang. Antara senaman
yang boleh di lakukan adalah seperti
berjogging,
aktiviti sukan ringan serta
senaman seperti berzumba.

Selain daripada menstabilkan hormon, aktiviti ini membantu dalam mengekalkan
tahap normal lemak badan kita yang juga seterusnya dapat mengelak dari terjadinya menopaus awal.

Oleh yang demikian, dalam kesibukan kita
menjalani aktiviti seharian. Ingat ya.
jangan lupa lakukan aktiviti senaman.
Paling tidak pun seminggu 2-3 kali.
Sebagai contoh , kita boleh mulakan dengan lakukan skipping selama 20 minit dan
kemudiannya di ikuti dengan lari anak
atau jogging sekurang-kurangnya dalam 30 minit
setiap sesi.

 

2) Kawal Berat Badan

Berapakah berat badan yang terbaik bagi
 mengelakkan kita daripada
mengalami masalah menopaus terlalu awal ?
Jawapannya, kita perlulah
sentiasa pastikan berada dalam
berat badan normal mengikut Indeks Jisim Tubuh (BMI)

Hal ini kerana, hormon estrogen
yang sering di kaitkan dengan menopaus tersimpan dalam tisu lemak,
dan ini menyebabkan kepada lebihan estrogen.
Jumlah estrogen berlebihan tadi yang boleh memberi kesan kepada terjadinya
masalah terhadap fungsi ovari seseorang wanita .
Begitu juga dengan masalah kurang berat,
kerana ianya turut berkait rapat sebagai
penyebab menopaus awal kerana
sistem badan wanita kekurangan zat dan essential nutrien yang lain.

Secara ringkasnya, jagalah berat badan anda supaya kekal normal supaya
anda mampu mengelak dari
di belenggu masalah menopaus awal .
Cara kira BMI mudah sahaja seperti dinyatakan di berikut :-

BMI = Berat (kg) / ketinggian (m)² 

Contoh Pengiraan:

  • Berat Badan = 70kg
  • Tinggi = 165cm = 1.65M
  • Maka, BMI = 70kg / (1.65m x 1.65m) = 25.7

3) Jauhi Asap Rokok

Menjadi kelaziman, bahawa merokok atau
terdedah kepada asap rokok sangat bahaya kepada kesihatan kita.
Masalah menopaus awal ini juga
tidak terlepas daripadanya. Menurut Persatuan Kesihatan Reproduktif Amerika,
bahan kimia dalam asap rokok seperti karbon monoksida, sianida dan nikotin
boleh mempercepatkan kadar hilangnya telur
 pada ovari wanita.

Sekiranya perkata ini terjadi, bermaksud
telur pada ovari wanita itu seolah-olah “mati”.
Dan malangnya, ianya tidak boleh tumbuh semula
atau diganti baru.

Sebagai akibat daripada perkara ini,
seseorang wanita itu bakal menopaus
dengan terlalu cepat atau menopaus awal.
Oleh itu, mohon ambil kisah perkara ini
terutamanya jika terdedah
dengan asap rokok dalam kehidupan seharian kita.

 

4) Amalkan Pemakanan Sihat

Amalan pemakanan sihat sering kali
di kaitkan dengan masalah menopaus,
kerana kekurangan sesetengah nutrisi seperti fitoestorgen, asid lemak omega,
vitamin D dan kalsim boleh menyebabkan
 terjadinya menopaus awal.

Oleh yang demikian, sebagai seorang wanita, kita seharusnya menjaga dan
mengawal pemakanan sihat dalam
kehidupan seharian kita.
Dalam Journal of Epidemiology & Community Health tahun 2017, para pengkaji mereka telah
menemukan bahawa pengambilan kekacang yang juga merupakan tinggi antioksidan serta
ikan dengan lemak baik mampu
membantut kan menopaus sehingga
hampir bertahun lama nya.

Alangkah baiknya jika kita jaga pemakanan kita dari sekarang bukan?,
supaya, kelak kita tidak menyesal
kerana diri kita ini sudah menopaus usia muda.

Sementara masih ada masa dan peluang, jom amalkannya mulai saat ini ya.

 

5) Pengambilan Supplemen/ Makanan Tambahan

Seandainya, sistem ovari wanita sudah
 tidak normal lagi atau masalah menopaus pramatang terjadi, tiada lagi cara yang
mampu menghalang atau megubati nya melainkan Terapi Hormon.
Akan tetapi, terapi hormon ini
agak berisiko kerana boleh beri kesan buruk lain terhadap wanita.

Cara lain yang terbaik adalah melalui pengambilan supplemen tambahan yang mana
boleh membantu kita dalam masalah ini.
Sebagai contoh, pengambilan
makanan tambahan yang tinggi antioksidan,
berkhasiat serta nutrien penting bagi mengelakkan
kita dari di belenggu masalah menopaus awal ini.
Disini saya senarai 13 makanan tambahan
yang boleh diamalkan
supaya mengelakkan kita daripada
menopaus terlalu awal (usia muda).
Makanan tambahan tersebut adalah seperti:-

1) madu asli
2) kurma
3) delima
4) kunyit
5) halia
6) manjakani
7) akar serapat
8) assam jawa
9) pueraria mirifica
10) mas cotek
11) saffron
12) kacip fatimah
13) biji kedekai

Kesemua 13 makanan tambahan ini,
kita boleh didapati dengan sangat mudah, dan sangat menjimatkan masa.
Jom saya kongsi RAHSIA yang jarang di kongsi sebelum ini, iaitu satu PETUA bagi
mengelakkan menopaus awal
daripada terjadi dengan cara yang terbaik
dan 100% bahan semulajadi.

RAHSIA ialah dengan hanya mengamalkan
Jus Manja 2 kali penggunaan sehari sahaja.
Mudah, serta terbukti sangat-sangat berkesan.
Bagi yang memerlukan informasi lanjut
serta melihat feedback pengguna-pengguna
Jus Manja sendiri,
boleh TEKAN GAMBAR dibawah ini:

 



PENUTUP

Kesimpulannya, kelima-lima tips
yang di kongsikan di atas,
sangat-sangat membantu bagi mengelakkan kita daripada menopaus terlalu awal.

Memang tidak dapat tidak, sekira sampai masanya, sudah pasti kita sebagai wanita
akan mengalami fasa menopaus.
TAPI, tidak salah jika kita berusaha dan
cegah sebelum terlambatkan.
Bukan nya kita mahu menidakkannya.
Namun kita sebagai wanita
mahu yang terbaik demi kesihatan kita sendiri
dan juga sebagai isteri kepada suami kita.

Akhir kata, selepas berusaha sebaik mungkin,
sentiasa lakukan juga amalan-amalan
seperti berdoa supaya segala niat baik serta urusan yang kita lakukan mendapat keredhaan-NYA.
Dan jangan berhenti berdoa terhada yang Maha Esa. Amin.