5 PETUA UNTUK ELAK
DIMADUKAN SHUBEN DI MALAYSIA

Dimadukan atau suami berpoligami
adalah satu perkara yang sangat ditakuti oleh para wanita,
terutamanya buat wanita yang sudah bergelar isteri.

Sekiranya si suami buat keputusan untuk berpoligami atau kahwin seorang lagi,
dunia kita ini sudah boleh diibarat bakal kiamat.
Perasaan tidak di sayangi lagi atau
diri dikhianati juga akan membelenggu seluruh kehidupan kita nanti.

Walaupun kes poligami kian bertambah tahun demi tahun,
akan tetapi TIDAK ramai isteri-isteri di Malaysia mengambil 100% penjagaan
atau langkah terbaik dalam mengelak perkara terburuk ini dari menjadi kenyataan.

“Asyik kita jer..isteri perlu ambil hati suami dan berusaha lebih….
habis tu suami tak buat apa-apa lah?”

Bukan begitu sayangku,
tidak dapat dinafikan. Kedua-dua pihak, sama ada dari pihak suami atau pihak kita, sebagai isteri WAJIB berusaha.
Dalam dunia ini, hanya ada 2 sahaja;
perkara yang kita boleh kawal dan perkara yang kita tidak dapat kawal.

Jadi, tidak salah kan jika kita isteri ni, bertindak dahulu agar keharmonian dan kasih sayang dalam rumah tangga kita sentiasa terjaga
Orang tua-tua cakap,
cegah lebih baik daripada sudah terlambat kan? .

Jom baca 5 petua paling berkesan untuk elak dimadukan.Petua ke 5 yang paling penting!

1) Beri Layanan 10 Kali Lebih baik Dari Sebelumnya

Layanan si isteri kepada suami,
adalah satu perkara yang sangat-sangat di dambakan oleh sang suami.
Dalam kata lain, layanan isteri merupakan kunci atau petua paling utama.

Suami ni, sebenarnya
jika boleh, mereka sangat suka sekiranya mereka di layan bak raja. Sebagai contoh,
jika sebelum ini , suami ambil sendiri makanan di dapur. Kita sebagai isteri WAJIB
mengubah kelaziman ini kepada hidangkan makanan untuk mereka.

Suami hanya datang duduk dan
makan sahaja di meja makan. Dan paling terkesan sekali ianya amalkan , amalan suap menyuap dalam kalangan suami isteri

Seterusnya, jadi kan soalan ini soalan wajib di tanyakan kepada suami anda.
“abang , abang ada nak apa-apa lagi? sayang boleh ambilkan”

Bunyi macam leceh kan?
Tapi percayalah. Walaupun nampak remeh temeh, tapi ini lah cara yang sangat terbukti bekesan

2) Berhias Dan Berwangi-wangian Didalam Rumah

Kebanyakkan dari kita hanya “bersiap”
jika hendak keluar rumah sahaja.
Pabila di rumah, serabai.hehe. kadang-kadang tiada beza dengan hantu kak limah.hehe

Betul kan?
Ya, memang tidak dapat nafikan.
kenapa perlu berhias dalam rumah,
sedangkan tiada siapa nak lihat. Tapi ayuh buang kebiasaan ini jauh-jauh
jika TIDAK MAHU DIMADUKAN, kerana suami juga manusia dan suka lihat wanita cantik.

Sebagai contoh, pemakaian wagian di rumah.
Terdapat 4 Kod Asas dalam wagian:
1- Floral 
2- Oriental
3- Woody
4- Fresh

Jadi sebagai isteri kita harus tahu warna yang paling suami kita sukai. hehe, barulah cik abng sayang

Daripada biarkan suami melihat perempuan cantik lain di luar,
lebih baik kita sendiri ,sebagai isterinya berhias
serta berwangi wangian untuk nya di rumah kan?

Tak percaya, cubalah

3) Sentiasa Ucap Dan Bisikkan “I LOVE U” Kepada Suami

Menjadi kelaziman, bahawa ucapan “I LOVE U” ini
hanya di sebut-sebutkan
ketika hangat bercinta sahaja. Bila sudah berkahwin dan punyai anak,
perkataan itu seolah-olah hilang dalam kamus hidup masing-masing.

Walaupun ianya hanya satu ungkapan simple,
tapi cuba bayang kan sekiranya ianya di luahkan setiap hari kepada suami kita.
Adakah perlu untuk suami kita tadi cari orang baru untuk sentiasa rasa di sayangi ?

Satu kajian telah dilakukan oleh seorang Pakar Psikologist; Lisa Arango
di Universiti Antarabangsa Florida, telah membuktikan bahawa,
ucapan perkataan sayang atau “I LOVE U” lebih daripada 20 kali sehari
kepada suami mampu menyemai “oksigen” kepada perhubungan suami isteri

Sebagai contoh, selepas bangun daripada tidur,
selepas makan dan juga sebelum tidur.
Dan lagi baik, ianya dijadikan amalan dengan sekerap mungkin. Barulah orang cakap
hari-hari bercinta dan bersemut.hehe.

Jom jadikan amalan ucapan “I LOVE U” ini sebagai tabiat kita sehari-harian.
Nak lagi romantik, bisikkan di telinga suami, supaya
dengan bisikkan, si dia akan rasa lebih disayangi sentiasa.

Mudah je kan?
Tapi sayangnya, ramai yang pandang remeh
dan malu-malu untuk amalkan

4) Amalan Tidur Berpelukan

“Seorang tidur menghadap dinding, sorang lagi pula sibuk dengan telefon”.
Hampir kesemua suami isteri di Malaysia begini kan? Paling teruk lagi, ada tu sampai tidur berasingan.

Cuba malam ni, peluk suami masing-masing sambil tidur. Peluk sehingga pagi
dan jangan lepaskan. Biar si suami tadi tercungap-cungap pun takpe.hehe

Amalan tidur berpelukan ini adalah amalan asas dalam menghangatkan suasana perhubungan suami isteri kerana ketika berpelukan, “rasa” sayang itu akan hasil dan terwujud secara semulajadi

Kajian yang dilakukan oleh Universiti California
terhadap 20 pasangan mendapati, sentuhan dalam berbentuk pelukan mampu
menurunkan tahap tekanan pasangan
serta mengalirkan “cas” positif
Atau dalam kata mudahnya,
berpelukan mampu mengalirkan kasih sayang terhadap sesama pasangan

Peluk itu tanda sayang tau,
yuk jadikan amalan, mulai malam ni ya

5) Jadikan Setiap Malam Anda Bak Malam Pertama

Cuba kita fikir sejenak,
apakah sebab utama suami memilih untuk berkahwin lain?
tak dapat disangkal kan, kita harus terima
bahawa isu ditempat tidur juga
merupakan faktor UTAMA,
penyebab para suami di Malaysia memilih untuk bermadu atau kahwin lain.

Akan tetapi, kita sebagai isteri,
tidak seharusnya biarkan begitu sahaja dan membiarkan ianya berlaku kan? .
Jadi, cara yang terbaik adalah melalui penjagaan tempat tidur
atau paling berkesan adalah menjadikan malam-malam anda bersama suami seperti
MALAM PERTAMA

“SELEPAS berkahwin dan MELAHIRKAN anak ni..
boleh ke kita kembalikan
semula suasana malam pertama tu? .
al-maklumlah, “kesan” mengandung dan bersalin nikan,
“mahkota” pun tak macam sebelumnya dah..”
Mesti ramai antara kita ada persepsi macam ni kan??

Sebenarnya, ada banyak tips untuk merawat masalah ini,
antara yang terbaik adalah dengan menggunakan bahan semula jadi.
Bahan semulajadi yang dimaksudkan ialah penggunaan herba kampung;  manjakani.

Manjakani ini terbukti berkesan terutamanya bagi yang mahu kembalikan mahkota seperti sedia kala serta “menghidupkan” semula suasana malam pertama bersama suami tersayang

Akan tetapi, kita harus hati-hati
kerana, HANYA manjakani yang berkualiti tinggi dan terpilih sahaja
mampu memberikan kesan TERBAIK dengan mampu memberikan kesan sepantas 30 minit sahaja tau !

Bagi yang memerlukan informasi lanjut serta melihat feedback pengguna, boleh klik atau tekan di bawah ini



PENUTUP

Kesimpulannya, kelima-lima petua yang di kongsikan di atas, sangat-sangat
membantu bagi mengelakkan kita sebagai isteri ini dimadukan.

Memang tidak dapat tidak,
sekiranya si suami mahu kahwin lain,
sudah pasti mereka akan kahwin. TAPI, tidak salah berusaha
dan cegah sebelum terlambatkan kan ?.

Bukan nya kita mahu menidakkan
atau mahu mengongkong suami. Namun, kita sebagai isteri, kita mahu berikan yang terbaik demi kebahagian bersama. 

Akhir kata, selepas berusaha sebaik mungkin,
jangan lupa untuk sentiasa lakukan juga
amalan-amalan seperti berdoa supaya segala niat baik serta urusan yang kita
lakukan mendapat keredhaanNYA.
Dan jangan berhenti mendoakan kebahagiaan kita sebagai suami isteri kekal dan bahagia hingga ke Jannah. Aminn..